Punca utama jeragat dan cara hilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan.
Apakah penyebab jeragat? Mengapa amat sukar untuk hilangkan jeragat? Anda pasti berasa kecewa apabila telah mencuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya menghilangkan jeragat tersebut. Cara yang berkesan untuk menghilangkan jeragat ialah dengan mengetahui punca-punca jeragat dan barulah kita mudah untuk memilih cara dan produk yang betul dan berkesan untuk menghilangkan jeragat.
Punca utama jeragat yang anda wajib tahu.
Punca 1) Sinaran matahari
Pernah dengar UVA dan UVB ? Inilah punca jeragat yang paling utama. Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UVA merosakkan sel luar kulit manakala UVB merosakkan sel bawah kulit. Sinaran UV ini meransang tahap melanoctes yang mengeluarkan melanin secara berlebihan dan menghasilkan jeragat. Jeragat yang sudah mula pudar pun boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada cahaya matahari.
Punca 2) Kehamilan
Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron semasa hamil juga adalah penyebab jeragat. Hormon yang tidak seimbang akan menggalakkan pengeluaran melanin yang berlebihan. Sesetengah wanita hanya akan mengalami jeragat semasa hamil yang dikenali sebagai 'topeng kehamilan' dan jeragat akan mulai pudar serta hilang selepas bersalin. Namun ramai juga wanita yang akan terus mengalami jeragat.
Punca 3) Rawatan hormon
Rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon kesan daripada penggunaan pil perancang dan implan juga menyebabkan jeragat. Ini kerana rawatan hormon mengganggu keseimbangan hormon dan seterusnya menyebabkan masalah jeragat.
Punca 4) Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan memberi kesan sampingan kepada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel kulit baru dengan aktif. Ini adalah punca jeragat yang kita tidak sedari.
Punca 5) Wangian dan kosmetik
Pewangi, sabun dan kosmetik yang menyebabkan tindakbalas 'Phototoxic' juga adalah salah satu punca jeragat. Pemilihan produk yang salah seperti produk pencerah kulit yang menipiskan kulit dan menjadikan kulit lebih sensitif akan menyebabkan jeragat semakin teruk apabila terdedah dengan matahari. Oleh itu, pilihlah produk yang lebih natural dan selamat.
Punca 6) Genetik atau keturunan.
Jeragat juga disebabkan oleh keturunan. Jika ada ahli keluarga anda, ibu anda contohnya yang mengalami jeragat, potensi anda mengalami jeragat juga adalah tinggi.
Punca 7) Tekanan atau stress.
Jika anda berfikir bahawa stress tidak memberi kesan terhadap kulit, anda sememangnya silap. Apabila anda stress, radikal bebas dalam badan akan meningkat. Ini akan menyebabkan jeragat/ tompok-tompok hitam yang baru akan terhasil.
Cara hilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan.
1) Elakkan daripada terdedah pada cahaya matahari pada waktu tengahari dan petang. Cahaya matahari membahayakan kulit muka puan. Waktu paling bahaya ialah daripada pukul 11 pagi hingga 3 petang. Jika terpaksa keluar pada waktu ini, gunakan sunblock yang mempunyai SPF 30 dan keatas dan amalkan makan vitamin kerana ia akan menghalang kulit terbakar apabila berpanas.
2) Jangan mudah terpengaruh dengan produk-produk jeragat di luar sana yang menjanjikan kesan yang cepat. Berhati-hati kerana produk seperti ini banyak menjanjikan wajah putih segera dan tanpa sedar puan sedang sapu bahan kimia merbahaya untuk melicinkan wajah puan. Pilihlah produk penjagaan wajah yang natural dan selamat. Saya cadangkan set Nutriwhite Shaklee Skin Care yang dijamin selamat dan berkesan.
3) Ambil anti-oksidan yang tinggi.
Pengambilan makanan anti-oksidan yang tinggi dapat mengatasi masalah jeragat. Buah-buahan seperti epal, anggur, plum dan blueberry mengandungi anti-oksidan yang tinggi. Resveratrol, sejenis ekstrak anti-oksidan semulajadi dari buah-buahan adalah jauh lebih hebat daripada kolagen dalam menentang jeragat.
Antara kesan antioksidan pada kulit ialah:
1) Menghilangkan jeragat dan kulit kusam.
2) Menghalang kerosakan sel pada kulit wajah.
3) Memperlahankan proses oksidasi yang mengakibatkan jeragat.
4) Memperlahankan kehilangan kolagen dalam kulit.
5) Menegangkan kulit.
6) Mencerahkan dan menyegarkan kulit.
4) Stabilkan hormon dan tingkatkan kolagen.
Jika puan tidak mampu mendapatkan resveratrol, puan boleh menghilangkan jeragat dengan menstabilkan hormon dan meningkatkan kolagen. GLA adalah pilihan terbaik untuk menstabilkan hormon.
Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak berseri. Kolagen amat perlu untuk kesihatan kulit secara menyeluruh. Pengambilan Vitamin C semulajadi amat membantu untuk menghilangkan jeragat. SR Vita-C Plus Shaklee adalah pilihan terbaik kerana ia mempunyai teknologi 'Sustained Released' dimana Vit C dilepaskan secara perlahan-lahan dan akan diserap oleh badan secara optimum.
Cadangan produk hilangkan jeragat dengan cepat.
Pilihan pertama. (Vivix).
Jika puan sudah mencuba pelbagai produk dan hampir berputus asa dengan hasilnya, puan kena cuba vivix. Vivix mengandungi 10 kali ganda lebih anti-oksidan berbanding Resveratrol. Bayangkan kesannya terhadap kulit puan jika diambil secara berterusan.
Fungsi-fungsi vivix untuk jeragat:
1. Mengatasi punca utama jeragat seperti hormon, kolagen dan termasuk faktor keturunan.
2. Memudarkan dan menghilangkan jeragat dengan cepat dan selamat.
3. Melindungi kulit daripada bintik jeragat dan masalah kulit yang lain.
4. Menegangkan dan melicinkan kulit serta memberi tona kulit yang sekata.
Jika puan benar-benar ingin menghilangkan jeragat dengan cepat, vivix adalah pilihan yang tepat.
Pilihan kedua. (Mini pack jeragat).
Set mini pack jeragat terdiri daripada GLA complex dan SR Vita-C Plus. Walaupun kesannya tidak sehebat vivix tetapi dengan pengambilan yang berterusan ia mampu untuk mengatasi punca-punca jeragat.
Fungsi mini pack jeragat ialah:
1) Menstabilkan hormon agar kulit kembali sihat.
2) Meneutralkan kesan sinar UV.
3) Meningkatkan penghasilan kolagen secara semulajadi.
4) Memudarkan bintik hitam.
5) Menegang dan mencerahkan kulit.
6) Menghalang kemunculan jeragat baru.
Pertanyaan / Order
Jika sekiranya puan berminat, puan bolehlah menghubungi saya.
Whatsapp / SMS/ Call di talian 0198703072. Saya akan membantu dengan teknik yang terbukti berkesan.
P/S Puan boleh tinggalkan komen untuk pertanyaan, saya akan jawab sebaik mungkin.☺
No comments:
Post a Comment