Jerawat! Semua orang
tidak suka jerawat! Kalau boleh biarlah jerawat tiada dalam kamus hidup
seseorang. Malangnya jerawat sangat mudah terjadi dan sangat sukar untuk dielakkan. Mari kita baca bagaimana
jerawat terjadi.
Punca-punca jerawat.
Jerawat
disebabkan oleh beberapa gabungan faktor seperti berikut.
- Faktor
genetik/keturunan
-Hormon
-Bakteria
-Liang tersumbat
-Keradangan
Proses terjadinya jerawat.
Kulit mempunyai
banyak pori atau liang roma. Apabila pori-pori tersumbat akibat sel mati,
kekotoran, minyak dan sebagainya yang tidak dibersihkan, rembesan minyak
daripada kilang minyak atau sebum dalam kulit terkumpul. Ini akan menggalakkan
pengumpulan bakteria dalam kulit dan seterusnya terjadinya jerawat.
Jika liang yang
tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, whitehead ataupun bintik putik akan
tebentuk.Whitehead berwarna putih kerana liang roma tertutup secara keseluruhan
menyebabkan oksigen tidak dapat melalui kawasan tersebut.
Jika liang tersumbat
kekal terbuka dan permukaan atasnya menjadi gelap, ia dikenali sebagai
blackhead atau bintik hitam. Bintik hitam terbentuk apabila oksigen dapat
melalui liang tersebut.
Blackhead susah untuk
dikeluarkan sebab saiz blackhead selalunya besar berbanding liang pori yang
tersumbat. Pori-pori yang tersumbat menyebabkan keradangan di bawah kulit. Bila
pengumpulan minyak menjadi semakin banyak, ruang folikel akan terhakis daripada
dalam sehinggalah ke permukaan kulit. Sebab itulah jika kita lihat bintik hitam
jerawat mula-mula keras, lepas tu merah dan bertukar menjadi warna kuning.
Nanah jerawat adalah hasil minyak dan kekotoran yang terkumpul dan jangkitan
bakteria. Bila kita picit jerawat, ia akan meninggalkan parut jerawat yang
susah untuk hilang.
Untuk lebih faham, jom kita lihat video bagaimana jerawat boleh terbentuk.
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan jerawat.
1) Gangguan hormon
disebabkan oleh tekanan / pra-haid
2) Kelembapan yang
tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak.
3) Alahan terhadap kosmetik
yang tidak sesuai dengan kulit dan penggunaan make up berlebihan yang menyumbat pori-pori muka.
4) Pekerjaan yang
melibatkan minyak & gris ( Contoh memasak ayam goreng)
5) Kelenjar minyak
yang sangat aktif (Hiperaktif)
6) Sering menyentuh
muka padahal tangan kita banyak bakteria
7) Terlalu banyak
merokok dan minum alkohol.
8) Mengambil makanan
yang mengandungi banyak minyak dan lemak.
9) Kurang minum air
putih.
10) Kekurangan nutrisi
seperti vitamin A dan B2.
11) Kurang menjaga
kebersihan kulit seperti jarang mencuci muka atau tidak mencuci muka dengan betul.
Kesan-kesan jerawat.
Jerawat di muka amat
mengganggu penampilan seseorang. Lebih-lebih lagi jika muka yang meriah dengan
jerawat batu dan kulit muka berlubang-lubang macam bulan. Mesti rasa rendah
diri dan malu untuk berhadapan dengan orang kan.
Antara kesan-kesan akibat jerawat.
1) Kulit berparut, kemerahan, sensitif, gatal
2) Ianya menyakitkan dan menimbulkan
ketidakselesaan
3) Kulit kelihatan tidak sihat dan hodoh
4) Mempengaruhi tahap keyakinan seseorang,
rasa rendah diri dan malu.
Stress dengan jerawat?? Walaupun jerawat bukanlah sejenis penyakit
tetapi kehadirannya yang tidak diundang memberikan tekanan kepada kita.
Sebenarnya jerawat boleh dielakkan dengan mengatasi punca-punca jerawat. Yang
penting cara dan pemilihan produk yang betul. Saya akan share cara-cara
mengatasi jerawat dan menghilangkan parut jerawat dengan berkesan dalam next
entry. Jangan lupa baca nanti sebab tips ini sangat membantu. Stay tuned..
No comments:
Post a Comment