Thursday, 1 June 2017

3 Cara Kempiskan Perut Buncit Paling Berkesan


3 cara kempiskan perut buncit paling berkesan.

Apa perasaan anda apabila bertemu dengan rakan-rakan dan menegur ‘mengandung ka? Atau lebih parah lagi bagi lelaki anda diperli ‘berapa bulan dah mengandung?’ atau ‘bilalah ko mau bersalin ni,sdh lama perut buncit tak bersalin lagi.. Mesti rasa malu dan rendah diri. Apalagi bila banyak baju yang sudah tidak muat. Stress kan.. Mulalah berdiet untuk kempiskan perut tapi perut tidak kempis-kempis juga.

Mau tahu kenapa kita susah sangat mau kempiskan perut? Baca sampai habis.

Punca-punca perut buncit.

Jika anda benar-benar inginkan perut yang langsing, anda kena tahu dan faham  2 punca utama perut buncit. Bila anda faham punca, barulah anda dapat memilih produk kempiskan perut yang betul dan berkesan.


Punca 1. Tahap Pencernaan Yang Lemah


Menurut Dr Webster, perut berfungsi untuk menyerap zat dari makanan, menyingkirkan sisa dan membuang toksik melalui dubur. Jika tahap pencernaan kita tidak baik, antara kesan sampingannya ialah perut buncit. Bila makanan tidak dapat dipecahkan dengan baik, penyerapan menjadi sangat rendah. Lapisan perut akan membentuk kerak yang tidak dapat diproses oleh perut yang tidak cergas. Kerak yang semakin menebal inilah yang membuatkan perut anda semakin buncit.

Punca 2. Metabolisma Yang Rendah.


Metabolisma ialah proses menukar makanan kepada tenaga. Seiring pertambahan usia, kadar metabolisma kita akan semakin menurun. Sebab itulah walaupun kita makan sedikit tetapi perut tetap buncit. Kadang-kadang ada orang yang berbadan kecil tapi bahagian perut buncit dan susah untuk kempis.

Makanan yang tidak ditukar menjadi tenaga akan disimpan sebagai lemak. Lemak-lemak ini akan lebih tertumpu di bahagian perut, pinggang dan peha. Perut pun nampak buncit.
Puncanya, metabolisma kita rendah.

Kempiskan Perut Buncit Dengan Set Kempis Perut Shaklee.

Set Kempis Perut bertindak untuk atasi masalah pencernaan dan metabolisma. Ramai yang mula merasa kesannya seawal 2 minggu. Buncit kurang dan boleh muat baju yang lama.

Betul ka? Macamana tu? Saya ceritakan satu persatu. Baca sampai habis.


Herb-Lax- Detox Usus Selamat

Tablet yang diperbuat daripada 9 jenis herba selamat untuk membersih usus dengan lembut.
Herb-Lax meningkatkan proses pencernaan ke tahap yang terbaik dan seterusnya membantu mengempiskan perut buncit.

Herb-Lax juga akan mencuci kerak yang terkumpul pada lapisan kolon supaya zat-zat yang baik dapat diserap. Ia juga akan membuang toksik dan sisa lain seperti lemak yang menyebabkan perut buncit.

Kesan Pengambilan Herb-Lax:
  • Perut kempis dengan cepat
  • Masalah sembelit selesai
  • Masalah perut tidak lawas hilang
  • Kulit lebih cantik kerana toksin dibuang dari perut.
  • Mengurangkan migrain. 

Bentuk & Rasa Herb-Lax :

Herb- Lax berbentuk tablet, berbau seperti peppermint. Tiada rasa dan mudah untuk ditelan.


Omega Guard – Optimumkan metabolisma

Omega Guard sangat popular untuk kuruskan badan. Sebabnya, anda akan rasa pinggang anda mengecil selepas mengambil omega.
Sebab itu, saya sarankan anda untuk mengukur dulu saiz pinggang sebelum mulakan Set kempis Perut ini.
Fungsi utama Omega Guard ialah membakar lemak yang tersimpan diperut. Caranya dengan menaikkan kadar metabolisma badan.
Jadi, lebih banyak lemak yang tersimpan akan diuraikan menjadi tenaga dan selebihnya akan keluar melalui najis.
Dalam proses mengempiskan perut, Omega Guard juga akan mengaktifkan hormon untuk membakar lemak lebih lama dari kebiasaan.
Sebab itulah proses mengempiskan perut akan lebih berkesan.



Alfalfa Complex – Alkalikan Perut.

Kenapa perlu alkalikan perut? Perut yang terlalu berasid menyebabkan pencernaan yang tidak efektif.
Makanan susah untuk dihadam. Alfalfa sangat terkenal untuk mengalkalikan keasidan dalam perut agar tahap percernaan berada pada tahap yang baik.

Testimoni Set Perut Kempis



Ini adalah salah satu testimoni pengambilan omega guard untuk perut kempis. 
Pertanyaan/Order
Cepat tempah sekarang!
Set Kempis Perut ini telah terbukti berkesan melalui testimoni-testimoni di pasaran. Setiap pembelian akan disertakan dengan teknik pengambilan berkesan yang tiada pada pengedar lain.
Whatsapp ‘KEMPIS’ ke 0198703072 ( Puan Veronica)

Sunday, 14 May 2017

3 CARA PALING CEPAT DAN BERKESAN HILANGKAN PARUT JERAWAT



Jerawat adalah menyakitkan dan meninggalkan parut yang hodoh. Parut jerawat boleh pudar dengan sendirinya tetapi ada juga yang degil untuk dihilangkan. Parut jerawat yang sudah bertapak dimuka bertahun-tahun jika tidak dirawat akan semakin lama semakin sukar untuk dihilangkan. Apalagi jika parut itu berubah menjadi jeragat.
Untuk menghilangkan parut jerawat, kita perlu memilih set jerawat yang betul. Jangan bazirkan duit anda dengan produk yang tidak berkesan malah menjadikan kulit semakin teruk.

Langkah 1. Stabilkan hormon.


Tahukah anda bahawa hormon yang stabil sangat penting untuk kulit cantik? Senang cerita, bila hormon tidak stabil kulit jadi tidak sihat dan parut jerawat susah untuk sembuh. Sebab itu golongan remaja dan wanita yang mempunyai tahap hormon yang tidak stabil kebanyakannya ada masalah kulit seperti jerawat. Hormon yang tidak stabil menyebabkan kilang minyak jadi ‘overactive’ yang menyebabkan minyak dihasilkan terlampau banyak seterusnya terjadilah jerawat. Jadi,untuk sembuhkan parut jerawat kita perlu elakkan kemunculan jerawat baru. Stabilkan hormon supaya punca jerawat dan bakteria dapat diatasi.

Bagaimana cara menstabilkan hormon? Saya tidak akan cadangkan ubat yang berasaskan dadah atau bahan kimia merbahaya. Produk yang saya cadangkan ialah GLA complex yang berasaskan minyak borage dan EPO. 

Langkah 2. Cerahkan kulit merah kehitaman.


Jerawat membengkak kerana jangkitan bakteria yang masuk ke dalam liang pori. Sebelum jerawat membengkak, ianya sebenarnya whitehead. Apabila bakteria masuk, inlamasi berlaku dan ia bertukar menjadi merah, bernanah dan sakit. Perbuatan memicit jerawat menyebabkan kulit jadi lebam dan akan menjadi kehitaman. Cara terbaik untuk pulihkan kembali lebam kehitaman tersebut ialah dengan mengambil antioksidan yang tinggi seperti vitamin C. Saya cadangkan Vitamin C 500mg semulajadi. 

Jangan sesekali menggunakan produk pencerah yang mengandungi peluntur (bleach) kerana ianya akan menghakis dan merosakkan kulit.

Langkah 3. Ambil protien untuk penghasilan kulit baru yang sihat.


Sel-sel kulit diperbaharui setiap 3 minggu. Jadi sepatutnya parut jerawat akan hilang.Tapi kenapa parut jerawat tidak hilang? Sebabnya ialah sel baru yang dihasilkan tidak berapa sihat kerana tidak cukup zat. Tubuh kita memerlukan protien yang cukup untuk menghasilkan sel-sel baru yang sihat, kuat dan cantik. Tapi cuba ingat makanan kita hari-hari. Kita dapat protin daripada ikan, daging, telur yang dimasak,digoreng. Struktur protinnya sudah rosak. Memang tidak cukup untuk keperluan badan. Jadi, kalau mau sel kulit baru yang cantik harus mengambil protin tambahan.

Jimatkan masa dan wang anda. Rawat parut jerawat dengan Set Parut Jerawat Shaklee.

Jika anda telah berusaha dan mencuba  pelbagai cara untuk menghilangkan parut jerawat tetapi belum berjaya, anda perlu cuba Set Parut Jerawat Shaklee kerana ianya terbukti berkesan dan selamat digunakan.

Set Parut Jerawat Shaklee.



1)GLA Complex- Hormon yang stabil menghasilkan kulit yang cantik.
GLA Complex mengandungi minyak Borage semulajadi yang berkesan untuk mengatasi punca utama parut jerawat.


Fungsi GLA Complex untuk parut jerawat:

  •  Menstabilkan hormon
  • Menghalang jerawat baru
  • Mengawal penghasilan minyak
  • Mengandungi sedikit vitamin E untuk memulihkan sel kulit yang rosak akibat luka jerawat.

SR Vita C berfungsi untuk menaikkan kolagen dengan cepat dan semulajadi. Kehebatan sesuatu vitamin C bukan terletak berapa tinggi kandungannya tetapi pada keupayaan ianya diserap oleh tubuh kita. Kalau 1000mg vitamin sekalipun, jika hanya 200mg yang diserap tidak ada gunanya juga. Kebanyakan vitamin C tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh kerana tubuh kita hanya mampu menyerap 100mg vitamin C dalam masa sejam. Selebihnya akan dibuang melalui perkumuhan. Berbeza dengan SR Vita C Shaklee, ia mempunyai teknologi ‘sustained released’ dimana ia hanya melepaskan 100mg vitamin C setiap jam selama 5 jam. Jadi vitamin C dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh.

Fungsi SR Vita C untuk atasi parut jerawat:

  • Mencerahkan kulit merah dan lebam
  • Mengecutkan parut jerawat dengan cepat
  • Mencerahkan wajah dengan cepat
  • Menguatkan tahap imun kulit melawan bakteria
  • Melindungi kulit rosak dari sinar matahari (Sinar UV)
  • Menegangkan dan menaikkan seri wajah.

Konsultasi: Whatsapp: “PARUT JERAWAT” ke 0198703072 (VERON)
Bonus: Saya akan ajar teknik pengambilan untuk kekalkan vitamin C 24 jam dalam tubuh. Istimewa untuk pelanggan saya sahaja.


3) ESP – Untuk hasilkan sel kulit baru yang sihat dan cantik

Protin diperlukan untuk menghasilkan sel kulit yang cantik. Kulit baru yang sihat akan menggantikan kulit parut yang rosak dan lemah.
Kenapa perlu ambil ESP? Tidak boleh ambil protin lain?
Menurut pakar pemakanan, tubuh kita memerlukan 20 jenis asid amino untuk menghasilkan sel kulit yang sihat. Daripada 20, 11 daripadanya dihasilkan sendiri oleh badan kita. 9 asid lagi kita perolehi daripada makanan seperti daging, ayam, susu dan telur.
Adakah anda tahu jenis makanan yang mengandungi 9 jenis asid amino itu?Mungkin tidak kan..
Jadi sebab itulah ESP adalah pilihan terbaik kerana ianya mengandungi 9 jenis asid amino yang diperlukan badan.
Antara fungsi ESP untuk parut ialah:


  • Menyembuhkan luka jerawat dengan cepat
  • Menghasilkan sel kulit baru yang sihat, segar dan cerah
  • Mengandungi isoflaven yang bagus untuk hormon kulit
  • Mencerahkan kesan merah dan gelap pada parut jerawat.


TESTIMONI SET PARUT JERAWAT



Parut jerawat hitam hilang dan kulit kembali sihat selepas menggunakan Set Parut Jerawat


Puan Ummi berjaya mendapatkan kulit yang cantik dan bebas dari parut jerawat


Kulit Puan Nurul semakin pulih dari parut jerawat dengan penggunaan Set Parut Jerawat yang konsisten.


PERTANYAAN / CARA MENDAPATKAN PRODUK

Sebarang pertanyaan sila whatsapp ke nombor 0198703072 ( VERON). Saya akan memberikan konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.











Saturday, 13 May 2017

Punca-punca jerawat yang perlu anda tahu




Jerawat! Semua orang tidak suka jerawat! Kalau boleh biarlah jerawat tiada dalam kamus hidup seseorang. Malangnya jerawat sangat mudah terjadi dan sangat sukar  untuk dielakkan. Mari kita baca bagaimana jerawat terjadi.

Punca-punca jerawat.


Jerawat disebabkan oleh beberapa gabungan faktor seperti berikut.
- Faktor genetik/keturunan
-Hormon
-Bakteria
-Liang tersumbat
-Keradangan

Proses terjadinya jerawat. 


 Kulit mempunyai banyak pori atau liang roma. Apabila pori-pori tersumbat akibat sel mati, kekotoran, minyak dan sebagainya yang tidak dibersihkan, rembesan minyak daripada kilang minyak atau sebum dalam kulit terkumpul. Ini akan menggalakkan pengumpulan bakteria dalam kulit dan seterusnya terjadinya jerawat.


Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, whitehead ataupun bintik putik akan tebentuk.Whitehead berwarna putih kerana liang roma tertutup secara keseluruhan menyebabkan oksigen tidak dapat melalui kawasan tersebut.


Jika liang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya menjadi gelap, ia dikenali sebagai blackhead atau bintik hitam. Bintik hitam terbentuk apabila oksigen dapat melalui liang tersebut.



Blackhead susah untuk dikeluarkan sebab saiz blackhead selalunya besar berbanding liang pori yang tersumbat. Pori-pori yang tersumbat menyebabkan keradangan di bawah kulit. Bila pengumpulan minyak menjadi semakin banyak, ruang folikel akan terhakis daripada dalam sehinggalah ke permukaan kulit. Sebab itulah jika kita lihat bintik hitam jerawat mula-mula keras, lepas tu merah dan bertukar menjadi warna kuning. Nanah jerawat adalah hasil minyak dan kekotoran yang terkumpul dan jangkitan bakteria. Bila kita picit jerawat, ia akan meninggalkan parut jerawat yang susah untuk hilang.

Untuk lebih faham, jom kita lihat video bagaimana jerawat boleh terbentuk.



Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan jerawat.


1) Gangguan hormon disebabkan oleh tekanan / pra-haid
2) Kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak.
3) Alahan terhadap kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit dan penggunaan make up berlebihan yang menyumbat pori-pori muka.
4) Pekerjaan yang melibatkan minyak & gris ( Contoh memasak ayam goreng)
5) Kelenjar minyak yang sangat aktif (Hiperaktif)
6) Sering menyentuh muka padahal tangan kita banyak bakteria
7) Terlalu banyak merokok dan minum alkohol.
8) Mengambil makanan yang mengandungi banyak minyak dan lemak.
9) Kurang minum air putih.
10) Kekurangan nutrisi seperti vitamin A dan B2.
11) Kurang menjaga kebersihan kulit seperti jarang mencuci muka atau tidak        mencuci  muka dengan betul.

Kesan-kesan jerawat.


Jerawat di muka amat mengganggu penampilan seseorang. Lebih-lebih lagi jika muka yang meriah dengan jerawat batu dan kulit muka berlubang-lubang macam bulan. Mesti rasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan orang kan.

Antara kesan-kesan akibat jerawat.

1) Kulit berparut, kemerahan, sensitif, gatal
2) Ianya menyakitkan dan menimbulkan ketidakselesaan
3) Kulit kelihatan tidak sihat dan hodoh
4) Mempengaruhi tahap keyakinan seseorang, rasa rendah diri dan malu.


Stress dengan jerawat?? Walaupun jerawat bukanlah sejenis penyakit tetapi kehadirannya yang tidak diundang memberikan tekanan kepada kita. Sebenarnya jerawat boleh dielakkan dengan mengatasi punca-punca jerawat. Yang penting cara dan pemilihan produk yang betul. Saya akan share cara-cara mengatasi jerawat dan menghilangkan parut jerawat dengan berkesan dalam next entry. Jangan lupa baca nanti sebab tips ini sangat membantu. Stay tuned..  


Tuesday, 9 May 2017

Punca utama jeragat yang wajib anda tahu


Punca utama jeragat dan cara hilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan.

Apakah penyebab jeragat? Mengapa amat sukar untuk hilangkan jeragat? Anda pasti berasa kecewa apabila telah mencuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya menghilangkan jeragat tersebut. Cara yang berkesan untuk menghilangkan jeragat ialah dengan mengetahui punca-punca jeragat dan barulah kita mudah untuk memilih cara dan produk yang betul dan berkesan untuk menghilangkan jeragat.

Punca utama jeragat yang anda wajib tahu.



Punca 1) Sinaran matahari

Pernah dengar UVA dan UVB ? Inilah punca jeragat yang paling utama. Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UVA merosakkan sel luar kulit manakala UVB merosakkan sel bawah kulit.   Sinaran UV ini meransang tahap melanoctes yang mengeluarkan melanin secara berlebihan dan menghasilkan jeragat. Jeragat yang sudah mula pudar pun boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada cahaya matahari.



Punca 2) Kehamilan

Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron semasa hamil juga adalah penyebab jeragat. Hormon yang tidak seimbang akan menggalakkan pengeluaran melanin yang berlebihan. Sesetengah wanita hanya akan mengalami jeragat semasa hamil yang dikenali sebagai 'topeng kehamilan' dan jeragat akan mulai pudar serta hilang selepas bersalin. Namun ramai juga wanita yang akan terus mengalami jeragat.


Punca 3) Rawatan hormon

Rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon kesan daripada penggunaan pil perancang dan implan juga menyebabkan jeragat. Ini kerana rawatan hormon mengganggu keseimbangan hormon dan seterusnya menyebabkan masalah jeragat.


Punca 4) Ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan memberi kesan sampingan kepada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel kulit baru dengan aktif. Ini adalah punca jeragat yang kita tidak sedari.




Punca 5) Wangian dan kosmetik

Pewangi, sabun dan kosmetik yang menyebabkan tindakbalas 'Phototoxic' juga adalah salah satu punca jeragat. Pemilihan produk yang salah seperti produk pencerah kulit yang menipiskan kulit dan menjadikan kulit lebih sensitif akan menyebabkan jeragat semakin teruk apabila terdedah dengan matahari. Oleh itu, pilihlah produk yang lebih natural dan selamat.

Punca 6) Genetik atau keturunan.

Jeragat juga disebabkan oleh keturunan. Jika ada ahli keluarga anda, ibu anda contohnya yang mengalami jeragat, potensi anda mengalami jeragat juga adalah tinggi.


 Punca 7) Tekanan atau stress.

Jika anda berfikir bahawa stress tidak memberi kesan terhadap kulit, anda sememangnya silap. Apabila anda stress, radikal bebas dalam badan akan meningkat. Ini akan menyebabkan jeragat/ tompok-tompok hitam yang baru akan terhasil.


Cara hilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan.


1) Elakkan daripada terdedah pada cahaya matahari pada waktu tengahari dan petang. Cahaya matahari membahayakan kulit muka puan. Waktu paling bahaya ialah daripada pukul 11 pagi hingga 3 petang. Jika terpaksa keluar pada waktu ini, gunakan sunblock yang mempunyai SPF 30 dan keatas dan amalkan makan vitamin kerana ia akan menghalang kulit terbakar apabila berpanas.


2) Jangan mudah terpengaruh dengan produk-produk jeragat di luar sana yang menjanjikan kesan yang cepat. Berhati-hati kerana produk seperti ini banyak menjanjikan wajah putih segera dan tanpa sedar puan sedang sapu bahan kimia merbahaya untuk melicinkan wajah puan. Pilihlah produk penjagaan wajah yang natural dan selamat. Saya cadangkan set Nutriwhite Shaklee Skin Care yang dijamin selamat dan berkesan.


3) Ambil anti-oksidan yang tinggi.
Pengambilan makanan anti-oksidan yang tinggi dapat mengatasi masalah jeragat. Buah-buahan seperti epal, anggur, plum dan blueberry mengandungi anti-oksidan yang tinggi. Resveratrol, sejenis ekstrak anti-oksidan semulajadi dari buah-buahan adalah jauh lebih hebat daripada kolagen dalam menentang jeragat.

Antara kesan antioksidan pada kulit ialah:

1) Menghilangkan jeragat dan kulit kusam.
2) Menghalang kerosakan sel pada kulit wajah.
3) Memperlahankan proses oksidasi yang mengakibatkan jeragat.
4) Memperlahankan kehilangan kolagen dalam kulit.
5) Menegangkan kulit.
6) Mencerahkan dan menyegarkan kulit.

4) Stabilkan hormon dan tingkatkan kolagen.
Jika puan tidak mampu mendapatkan resveratrol, puan boleh menghilangkan jeragat dengan menstabilkan hormon dan meningkatkan kolagen. GLA adalah pilihan terbaik untuk menstabilkan hormon.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak berseri. Kolagen amat perlu untuk kesihatan kulit secara menyeluruh. Pengambilan Vitamin C semulajadi amat membantu untuk menghilangkan jeragat. SR Vita-C Plus Shaklee adalah pilihan terbaik kerana ia mempunyai teknologi 'Sustained Released' dimana Vit C dilepaskan secara perlahan-lahan dan akan diserap oleh badan secara optimum.


Cadangan produk hilangkan jeragat dengan cepat.


Pilihan pertama. (Vivix).

Jika puan sudah mencuba pelbagai produk dan hampir berputus asa dengan hasilnya, puan kena cuba vivix. Vivix mengandungi 10 kali ganda lebih anti-oksidan berbanding Resveratrol. Bayangkan kesannya terhadap kulit puan jika diambil secara berterusan.

Fungsi-fungsi vivix untuk jeragat:

1. Mengatasi punca utama jeragat seperti hormon, kolagen dan termasuk faktor keturunan.
2. Memudarkan dan menghilangkan jeragat dengan cepat dan selamat.
3. Melindungi kulit daripada bintik jeragat dan masalah kulit yang lain.
4. Menegangkan dan melicinkan kulit serta memberi tona kulit yang sekata.

Jika puan benar-benar ingin menghilangkan jeragat dengan cepat, vivix adalah pilihan yang tepat.

Pilihan kedua. (Mini pack jeragat).




Set mini pack jeragat terdiri daripada GLA complex dan SR Vita-C Plus. Walaupun kesannya  tidak sehebat vivix tetapi dengan pengambilan yang berterusan ia mampu untuk mengatasi punca-punca jeragat.

Fungsi mini pack jeragat ialah:

1) Menstabilkan hormon agar kulit kembali sihat.
2) Meneutralkan kesan sinar UV.
3) Meningkatkan penghasilan kolagen secara semulajadi.
4) Memudarkan bintik hitam.
5) Menegang dan mencerahkan kulit.
6) Menghalang kemunculan jeragat baru.

Pertanyaan / Order

Jika sekiranya puan berminat, puan bolehlah menghubungi saya.

Whatsapp / SMS/ Call di talian 0198703072. Saya akan membantu dengan teknik yang terbukti berkesan.



P/S Puan boleh tinggalkan komen untuk pertanyaan, saya akan jawab sebaik mungkin.☺







Monday, 1 May 2017

Kulit Cantik Dengan Shaklee


Jeragat! Semakin meningkat umur, semakin bermaharajalela pula bintik-bintik hitam di muka. Tompokan hitam semakin lama semakin membesar. Jeragat terbentuk apabila kita sering terdedah dengan cahaya matahari. Jeragat menyebabkan kita nampak tua dari umur yang sebenar..Ohh tidak! siapa yang mahu nampak tua dari umur sebenar kan..

Episod saya inginkan kulit bersama shaklee bermula pada bulan Februari 2017. Saya mengalami jeragat yang teruk selepas bersalin anak kedua. Dari situlah saya mula mencuba bermacam-macam skin care dengan harapan saya dapat menghilangkan jeragat. Beribu duit dah habis tau. Sampaikan terfikir untuk mencuba laser.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencuba supplement shaklee. Haa..produk yang saya amalkan ialah GLA complex, Vita-C Plus, Vita-E Complex, ESP dan Vivix.

GLA complex - ia merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. GLA complex ini berfungsi untuk menyeimbangkan hormon dan amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

Tahu tak bahawa hormon yang tidak seimbang adalah salah satu faktor timbulnya jeragat? Patutlah gigih pakai skin care setiap hari pun jeragat tak hilang-hilang kan..



Vita-C Plus - Antioksidan yang kuat, melawan radikal bebas, melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya. Ia juga meransang pembentukan kolagen kulit, yang menjadikan kulit lebih anjal, tegang dan menjaga kehalusan kulit wajah.



Vita-E complex - ia melindungi kulit daripada sinar ultra ungu dan melindungi daripada radikal bebas yang merosakkan kulit. Kiranya Vitamin E ni adalah sunblock dalaman.

Vitamin E juga menjaga kelembapan, kesegaran dan keremajaan kulit. bangun pagi kulit rasa lembab dan glowing tau.. Selain itu, ia melambatkan penuaan dan mengurangkan garis halus dan jerawat.




ESP - Minuman protien yang memberikan asid amino terbaik yang diperlukan untuk meransang semula pembentukan kolagen kulit dan otot. Ia juga melembutkan dan membantu memutihkan kulit.



Vivix- Vivix adalah suplemen anti penuaan yang terbaik didunia! Sebab apa? Ia mengandungi 10 kali ganda lebih berkuasa dari resveratrol.

Kuasa yang ada pada resveretrol ini mampu membuatkan anda kelihatan awet muda. Resveretrol ini adalah agen antioksidan yang sangat power! Ia berupaya menjaga sel badan dari kerosakan.


Jom kita tengok beberapa testimoni pengguna yang mengambil vivix untuk mengatasi masalah kulit. Jangan tak tau, artis pun ambil vivix untuk cantik!


Kenal kan artis ni..Rita Rudaini pun ambil vivix,patutlah kulit glowing,cantik sangat.


Jeragat pudar dalam masa 6 minggu. Kulit kelihatan bersih dan sihat. Memang power lah vivix ni.


Kulit lebih awet muda dengan vivix dan collagen powder. Kedutan hilang dan kulit semakin tegang.


Yang ini pula testimoni pengambilan GLA, Vit C, Vit E dan ESP. Jerawat kecut dan parut hilang.

Kulit semakin cerah setelah mengambil vitamin E dan vitamin C.


Jeragat semakin hilang dengan pengambilan vitamin C dan GLA.

Konsultasi Masalah Jeragat

Jeragat memang sangat sukar untuk dihilangkan. Namun apabila kita faham punca, vitamin yang tepat dan teknik berkesan untuk atasi jeragat, ianya akan dapat dihilangkan. Saya sendiri telah mengambil produk ini dan merasai kesannya.

Motivasi saya berShaklee ialah mahu semua orang yang datang jumpa saya jadi cantik. Cantik adalah hampir segala-galanya bagi seorang wanita kan.
Bukan senang untuk cadangkan produk yang sesuai dengan masalah jika tak cukup ilmu di dada. Dapatkan produk hebat ini daripada saya dan saya akan berikan konsultasi yang berkesan.
Saya cukup pantang dengar pelanggan mengadu beli dengan orang lain dan orang tu suruh Google untuk tahu cara makan. Memang tak patut.

Kenapa perlu beli daripada saya?

Cik puan mahu konsultasi yang mantap?
Mahu konsultasi yang berterusan?
Saya boleh diagnose punca sebenar masalah jeragat cik puan...
dan boleh beri cik puan jawapan untuk setiap masalah kulit wajah cik puan..
 boleh berikan tips bagaimana mahu cantik lebih cepat dan selamat..
 boleh beri banyak info kecantikan percuma setiap minggu..

Pertanyaan/ Order

Jika puan berminat untuk tahu lebih lanjut, saya sangat cadangkan puan hubungi saya. Puan boleh Call / Whatsapp /SMS saya ke 0198703072.

Email: babyveron77@gmail.com
Facebook: My Facebook link
COD Tambunan, Keningau, Sook, Nabawan, Tenom dan pos ke seluruh Malaysia.

Saya akan cuba bantu dengan teknik yang sudah terbukti berkesan.

P/s : Puan boleh tinggalkan komen untuk pertanyaan. Saya akan jawab sebaik mungkin.

Di entry yang seterusnya saya akan kongsikan pula punca-punca jeragat serta cara menghilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan.